Suha Kuasa Tiga

Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN : 9789673650439
Sem. Malaysia : RM10.90
Sabah/Sarawak : RM13.90

"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorang… kawanlah yang kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. Kawan akan ada di sisi. Masa tu… awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, untuk buat apa saja yang perlu untuk kawan tu. Rasa tu… kena ada.”
Kebetulan, nama mereka ada dekatnya. Nasuha, Suhaid dan Suhail. Namun, nama yang dekat, bakalkah memungkinkan dekatnya hubungan sebagai kawan?

Tet! Salah sama sekali!

Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftar di sekolah itu. Dia tidak benci, tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh peribadinya. Sedang Suhaid, yang hampir nama adalah kawan tersayang. Walaupun dia hairan, bagaimana satu huruf belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu hakikat.

Jadi, macam mana nak jawab soalan yang musuh peribadi soal ini, “Kalau macam tu, awak sudi jadi kawan saya?” Tambah pula bila Suhail mula cuba berbaik dengan Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan yang sama dari kanopi sukaneka. “Suha Kuasa Tiga!”

Mahukah Nasuha terima Suhail sebagai kawan, apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkah satu huruf akhir di belakang nama itu?


Ingin Hati Melukis Kata

Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90


Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?