Cinta Datang Lagi

Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. [2009]
ISBN: 9789831244807
Sem. Malaysia: RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00


Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

*Berkait: Ria QistinaBukan Pilihan Hati ~ Kisah ini adalah spin-off daripada Ria Qistina. Dan, untuk mereka yang mahu tahu apa jadi pada adik Raisya, dapatkanlah Bukan Pilihan Hati.


20 ulasan:

mereng :) berkata...

serius bst ctr nihh . bikash nur idris never make me dissapointed . :)

Bikash Nur Idris berkata...

mereng :),
Terima kasih sesangat :D

niK@miZaH berkata...

huh..dah abes bace...tp mule2 cam kureng cikit la...tp bile mase si fariz nie mmg suke kt raisya...baru mantap citer nie...
nota kaki : sakit ati ngan fariz pd mulenye...hehe

Bikash Nur Idris berkata...

nik@mizah,
Sakit hati...? Heheheh...

Wan Nor Amirah berkata...

Best cerita ni..
Banyak perkataan yang baru saya jumpa..
Lepas tu novel ni karya penulis kegemaran saya iaitu kak Bikash Nur Idris..
Banyak buku kak Bikash telah saya baca..
Terima kasih banyak2..
Semua cerita kak Bikash memang best giler!!

نورالجنة berkata...

cite ni best!

saya ada suma novel karya kak bikash!

Bikash Nur Idris berkata...

Wan Nor Amirah,

terima kasih sebab sudi baca novel ni. ada jumpa perkataan baru eh? kongsi ilmu hendaknya...

Bikash Nur Idris berkata...

Nur,

terima kasih sudi ba ;)

nazatul amira berkata...

best glew novel neyh.. bru jew bli.. ujung thn lps.. smpai skunk still baca novel neyh.. sbb.. menarik sgt.. baca bnyk kali pown xbosan..

Bikash Nur Idris berkata...

Nazatul,
Terima kasih sudi beli & membacanya. Harap awak enjoy ;)

amie .. berkata...

best sngd .
ta nyesal beli .
hehe .

Bikash Nur Idris berkata...

Amie,
Terima kasih ya. Harap awak enjoy membacanya :)

mashimaru91 berkata...

memang best giler..

Tanpa Nama berkata...

memang best giler..

Bikash Nur Idris berkata...

Mashi & Tanpa Nama. Thanks (^0^)

Eunhae DieLa berkata...

da pnh bli novel nie tp da ilang sbb membe ilang kan.. cm ne nk bli yg bru.. cri kat kedai buku xde lg di jual

Bikash Nur Idris berkata...

E-mel hmi262@facebook.com

Subashini VJ berkata...

Love the couple very2 much! :) I read the novel repeatedly for uncountable times! :)

Bikash Nur Idris berkata...

Suba. Waa... thanks yek. U memang the best :D

Subashini VJ berkata...

hahaha welcome and tank you too :)