Ria Qistina

Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. [2003]
ISBN: 9831241304
Sem. Malaysia RM15.00
Sabah/Sarawak RM18.00


Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboi yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?

*Berkait: Cinta Datang Lagi ~ Dapatkan spin-off Ria Qistina, yang menampilkan watak baru daripada novel ini. Nak tahu siapa... kenalah baca :D


17 ulasan:

niK@miZaH berkata...

dulu dah bace novel nie...pinjam org nye jer...tp mase pesta ari tu, sy beli lak....akhirnye semua novel kak bikash kat alaf menjadi milikku...hehe....teruskan berkarya...n pastinya sy akan membeli setiap keluaran alaf y akak tulis..keluaran lain, masih dlam pertimbangan...huhu

Bikash Nur Idris berkata...

nik@mizah,
Terima kasih krn dapatkan RQ ;)

Audrey-sama berkata...

WOW!Im so glad 2 meet u here. Hi Bikash!Ria Qistina(2003)was my 1st Malay Novel. Seriously, u did a very good job. My bro, he's not a romantic person, suddenly told me he likes ur novel(RIA QISTINA) after reading it for the 1st time. It amazed me! And we dun read it once but twice or thrice! Bikash you really have that talent. Continue producing good novels ok. Best of luck from ur kipas susah mati fan of Ria Qistina!!!

sakura lover's berkata...

sangat menginginkan novel ni..novel yang buat saya dlm illusi..sangat seronok..saya nk beliiiii

Tanpa Nama berkata...

saya nak beli novel nie lagi boleh tak? -adila

Bikash Nur Idris berkata...

Sakura & Tanpa Nama,

E-melkan ke
bikash_262@lycos.com utk buat pesanan

'yAnA' Cute berkata...

Salam..akak,sekarang bole ag x nak tempah buku nie kat akak?? :)

Tanpa Nama berkata...

hi BNI, sy layan novel ni dlm clas time form 1 (2004) sampi nanges2... malu gak ad boyz pasan, smpi dy mintak nk pnjm.. huhu... best sgt lyan smpi x sedar kuar air mata..
novel2 BNI memg best2 smua...

Bikash Nur Idris berkata...

Yana. Buku ni tak ada stoklah pada saya sekarang :(
Cuba pesan terus dengan Alaf 21

Bikash Nur Idris berkata...

Terima kasih sebab baca RQ. Ada part sedih sampai nangis yek? Sah feeling perasaan Qistina masa tu. Apa pun, TQ sebab sudi baca RQ :)

Subashini VJ berkata...

Suka sangat story ini, novel i read wen i was in high school :) i still keep the novel nicely :)

Bikash Nur Idris berkata...

Suba. Wa... u membesar dengan novel I ke? Hehehe.

Subashini VJ berkata...

hehe memang pun, masa tu tak ade duit nak beli novel so have to keep duit angpau deepavali to buy it. :)

Bikash Nur Idris berkata...

Suba. Wau... Kecil2 dah pandai menabung untuk beli buku. Bagus sangat :D

Shaimaa' Azizan berkata...

Ada dak smbungan ria qistina? Sy dh lama cari

Bikash Nur Idris berkata...

Shaimaa, tak ada. Saya takde buat sambungannya :(

msali221287 berkata...

Salam,,mana sy blh dpt kan novel ni?
Dulu time sekolah saya dh pernah beli..
Tapi syg ada kwn pinjam lps 2 xpulangkan...
Ni 1st novel sy beli hasil duit tabung time sekolah..