Dengan Nama Cinta & Nur Kasih

Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2009]
ISBN 9789833880515
Sem. Malaysia RM21.90
Sabah/Sarawak RM24.90

Dengan Nama Cinta ~ Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu telah lama hilang daripada hati Sirna. Namun, bijaknya seorang Hasif, percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi?

Ada waktu pula, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Begitulah hati Aiza apabila cinta lalu menyapa, Izam kembali semula meminta ruang yang sedia untuknya. Bolehkah ruang itu diberi?

Dan, waktu lain pula, cinta tidak hanya boleh berdiam. Harus ada lafaz, harus ada ucap. Itulah mahu Haryani, daripada abang angkatnya sendiri. Dia sudah lelah melafaz, dia sudah penat mengucap. Kini, giliran Fitri. Mampukah lafaz dan ucap itu diberi?

Nur Kasih ~ Kalau diberi pilihan, antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul.

Benarkah begitu?

*Berkait: PrincessAtas Nama Cinta ~ Kisah Izam dan Aiza sebelum di Kampung Dang Setia, tercoret dalam Princess. Manakala kesudahan kisah Genelia, berakhir dalam Atas Nama Cinta.

6 Cakap-Cakap:

RYANie berkata...

haryani? 2 name sy..hehehehe

Bikash Nur Idris berkata...

RYANie,
Nama awak eh...? Tak sangka terpinjam :P

niesaa berkata...

Salam...

Bikash, Sy dah da novel 'atas nama cinta'... dah lama sy crik novel 'nur kasih'..
nape terbit sekali... kalo sy beli, rugi ar sy...

Bikash Nur Idris berkata...

niesaa,

Kalau macam tu tak perlu belilah. Cuba pinjam kawan dan baca aje.

shill berkata...

k.bikash..
actually baru balik dari bookshop nih..keciwa sbb novel terbaru akak xde =(
pastu cari novel ni pon xde.btw,2 novel ni digabungkan menjadi 1 ke?rasanye macam penah dah beli tapi tak ingat..huhu..
luv u la sis!!i really enjoyed reading your books especially novel bertajuk "Kau sayangku".Sampaikan tangkap cintan giler dgn Akif Zamani.Is he real??

Bikash Nur Idris berkata...

shill,
Novel terbaru...? IHMK ke? Mungkin belum masuk kedai buku lg. Maklumlah, baru habis pesta buku...

Ah... novel ni ada dua kisah, gabung jd satu.

Akif...? Kalau dia real, saya yang punya. Hahaha!